Jumaat, 19 Februari 2010

PENDEKATAN USRAH DAN NAQIB :DALAM MENGHADAPI MAD’U TERKINI

Ruh Ibadah
Islam adalah agama “misi dan dakwah”.
Peranan sosial dan dakwah.
Mampu menyentuh seluruh lapisan masyarakat untuk mengubah dan mencelupnya dengan warna Islam; secara teori dan praktis.

Kapasiti Daie
Kemampuan ilmu, kecekapan dan keteladanan.
Mampu memahami rahsia jiwa seseorang,
mampu menghiasi diri dengan watak sabar dan lapang dada.
Memiliki firasat yang tajam dan hujah yang kuat.

Memiliki kemampuan
“indra ketuhanan”;
menarik simpati hati,
menyatukan jiwa dan berinteraksi dengan gerakan dakwah.

Perbaiki dirimu !
Wujudnya peribadi yang benar-benar mukmin akan membuka banyak peluang untuk berjaya.
Pengorbanan para daie ;
harta, tenaga dan waktu.

Perhatian kepada ;
memberi uswah hasanah,
menampilkan gambaran nyata tentang islam,
pemahaman yang universal dan toleransi dalam masalah khilaf dan furu’ dengan metod tadarruj.

Tugas Daie
Tugas pegawai elektrik;
mengalirkan kekuatan dari sumbernya ke setiap hati agar sentiasa bersinar dan menerangi sekeliling.

Tatkala ingin memikat hati mad’u ;
anda adalah daie ;
bukan ulama’ atau fuqaha’ jauh sekali bukan qadi.

Tatkala berdakwah ;
anda sedang memberi hadiah dan pertimbangan anda ;
hadiah apa yang paling pantas diberi dan bagaimana cara memberi ?

Rintangan Dakwah
Permasalahan yang muncul dari dalam dirinya ;
orang yang tidak memiliki sesuatu tidak mampu memberi sesuatu!

Seseorang yang tidak memiliki kunci, maka sulit untuknya masuk.
Manusia yang hatinya terkunci;
bagaikan pintu grill besar dan kuat yang hanya dapat dibuka dengan kunci yang kecil.

Persoalannya :
Kembali kepada kemampuan daie !
Potensi daie secara ruhiah,
kecekapan membuat program (tidak formal),
serta kesabaran dan ketahanan dalam mewujudkannya.
Selayaknya seorang daie membuat program dan langkah-langkah dalam menyentuh hati dan mengambil simpati mad’u.

Daie perlu memberi perhatian kepada…….
Celah-celah kebaikan yang ada pada mad’u kemudian memupuknya….
sehingga celah-celah keburukan yang ada padanya tersingkir dan ia mampu bangkit berdiri melangkah ke jalan Islam.

Daie yang paling sukses:
PendidikMenghayati hati dan pola pemikiran pelajar,
lalu membimbing mereka sedikit demi sedikit, sehingga tujuan yang hendak dicapai terlaksana.

SIKAP DAIE DAN MAD’U

GURU/PENDIDIK – PELAJAR
“ Untuk mencapai kejayaan dalam usaha mentarbiah, mendidik dan mengajar mereka; tidak bermuamalah dengan mereka sebagai musuh dan hubungan pun bukan permusuhan. Jika terjadi permusuhan, kita tidak dapat menguasai mereka” Ustaz Fathi Yakan,

Konsep PenguasaanDaie yang paling sukses:

DoktorMenghapus penderitaan dengan kata-kata yang penuh keimanan dan memberi ubat yang sesuai.

SIKAP DAIE DAN MAD’U
DOKTOR – PESAKIT
“ Setiap penyakit itu ada ubatnya. Apabila ubat mengenai pesakit (sekun-rasi), ia akan sembuh dengan izin Allah” Riwayat MuslimQUDWAH HASANAH

“Untuk dapat mempengaruhi orang ramai, menarik mereka ke dalam jemaah dan menguasai mereka, daie mestilah menjadi contoh teladan kepada orang ramai. Kerana manusia lebih terpengaruh dengan bahasa perbuatan dari bahasa lidah” Ustaz Fathi Yakan,

Konsep PenguasaanPerilaku dan keteladanan daie yang ikhlas akan mempunyai pengaruh yang besar daripada tulisan dan ceramah. Ibarat “remote control” yang dapat memindahkan siaran TV tanpa kabel; daie yang ikhlas dan penuh kasih sayang ; tidak akan ada kesulitan memasukkan apa yang ada dalam hatinya dalam hati orang lain.

LEMAH LEMBUT DAN BELAS KASIHAN
“Penguasaan terhadap manusia memerlukan daie itu bersifat lemah-lembut dan belas kasihan. Kerana manusia itu benci kepada kekerasan dan mereka yang bersikap kasar”Ustaz Fathi Yakan,

Konsep Penguasaan
“Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar tentulah mereka menjauhkan diri daripada sekelilingmu, kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun buat mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu”Al-Imran ; 159

“EYE CONTACT”
Jika tatapan mata yang dipenuhi oleh rasa iri hati dan dengki itu dapat memberi mudarat, mata tatapan mata yang dipenuhi rasa iman dan kasih sayang akan menimbulkan cinta dan keimanan.

PANDANGAN KASIH SAYANG
“Sesiapa yang memandang saudaranya dengan pandangan kasih sayang, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya” al-hadisPandangan sekilas yang penuh dengan keteduhan dan kasih sayang yang ditujukan pada hati dan mengajak berbicara dengan lembut. Ibarat kamera hanya dengan satu kilatan dapat menangkap gambar yang indah.

Mata adalah sarana terpenting bagi seorang daie dan merupakan wasilah yang kesannya sangat besar bagi mad’u. Kerana ketika seorang daie memandang saudaranya sesama muslim dengan penuh kasih sayang, seakan ia telah memberikan hartanya yang paling berharga.Jika pandangan seorang yang penuh kedengkian akan menghancurkan, maka pandangan yang penuh cinta dan kasih sayang juga dapat berpengaruh dalam menghantar kepada kebenaran dan mempereratkan barisan dan memperkuatkan bangunan. Ini merupakan kekuatan terpendam yang dimiliki oleh manusia.

Apa yang anda sembunyikan dalam hati akan tersingkap dengan tatapan mata. Seorang muslim adalah cermin bagi saudaranya.Kaedah kita memberi nasihat ialah “Hendaklah nasihatmu terhadap saudaramu dengan kiasan/berlapik, bukan terang-terangan, dan untuk membimbing kepada kebenaran bukan untuk menyakiti”.

KISAH KAAB BIN MALEK RA
“Kaum muslimin memulaukan kami selama 50 hari hingga bumi ini terasa sempit dan rasanya tiada tempat untuk kembali kecuali Allah. Sayalah yang paling tegar antara tiga orang tersebut. Saya masih tetap ikut solat berjemaah di masjid dan masih tetap ke pasar walau tidak seorang pun mengajak saya berbicara. Saya datang kepada Rasulullah yang sedang duduk di masjid selesai solat. Saya mengucapkan salam. Lalu saya duduk di sebelahnya sambil sesekali melirik kepada baginda. Tatkala saya menatapnya, baginda memalingkan muka.”Walaupun hukuman dan tindakan itu dari Allah. Tapi jika kita kehilangan pandangan yang penuh kasih sayang, maka kita kehilangan rahmat kehidupan.

“PANCAINDRA”
Pancaindra merupakan bahagian “vital” daripada tubuh manusia dan jasad merupakan tempat tinggal bagi indra tersebut. Dengan kehilangan indra, manusia “tidak hidup dan tidak mati”; tidak berupaya memberi pengaruh kepada orang lain kerana alat penerima dan pengirim tidak berfungsi. Tanpa menggunakan indra,daie hidup di dunia tidak nyata.

“HATI”
Daie ibarat “qalbu”(hati), maka sesiapa yang tidak memfungsikan hatinya, mereka tidak mendapat sambutan daripada masyarakat.Hati yang beriman adalah sumber penggerak.Bahasa “hati”- perasaan dan kasih sayang merupakan “bahasa” internasional yang dipergunakan oleh daie dalam menghadapi mad’u hatta kepada orang bisu sekalipun.“Bahasa” ini ibarat mata wang yang boleh diguna pakai di setiap tempat dan keadaan.Dengan bahasa inilah, generasi pertama umat ini menakluk dunia. Mereka adalah “lentera” kehidupan.Daie yang tidak mengingat, merasakan dan terpengaruh oleh kebaikan dan keburukan, dia tidak mempunyai hati.

KARAKTER MANUSIA

1. Berperilaku dengan akhlak Islamiyyah. – urutan pertama.
2. Berperilaku dengan akhlak asasiyyah. – urutan kedua.
3. Berperilaku dengan akhlak jahiliah. – urutan terakhir dalam dakwah fardhiah.
# Bukan bererti seorang daie harus tetap berpegang dan terikat dengan urutan ini.DAKWAH

FARDIYYAH
Menemui beberapa pemuda yang terbayang ketaatan di wajahnya; daie perlu cermat kerana biasanya pemuda begini mempunyai seseorang yang dihormati dan disegani;mendekati salah seorang daripadanya; bergaul, sabar, lemah lembut dan penuh kasih sayang tanpa menyinggung permasalahan yang menyebabkan hubungan terganggu. Jangan tumpu kepada seorang kerana dia merasa diajak secara berlebihan dan menimbul prasangka buruk dan boleh lari daripada ajakan kita.

MENGHAFAL NAMA
Sangat penting kerana akan terjadi interaksi dan lahir sifat percaya sesama individu.Langkah awal dan “benang” pertama yang mengikat antara hati individu yang berserakan.Setiap orang tentu berasa senang jika dipanggil dengan namanya, apalagi dengan nama yang paling disukai.“Termasuk sifat angkuh adalah seseorang yang masuk ke rumah temannya, lalu dihidangkan kepadanya makanan, dia tidak mahu memakannya; dan seorang lelaki yang bersama-sama dengan lelaki dalam perjalanan, tetapi ia tidak menanyakan namanya dan nama orang tuanya” HR Ad-Dailami

Khamis, 4 Februari 2010

Pilihan raya kampus

Assalamualaikum,

Syukur kehadrat Ilahi akhirnya keputusan pilihanraya berpihak kepada yang hak. Sesungguhnya janji Allah itu benar, sesiapa yang menolong dijalan Allah itu pasti dirinya akan ditolong kembali oleh Allah. Kepada sahabat sahabiah, ana sangat berbangga dengan antum yang sanggup berhempas pulas demi menegakkan kembali syiar islam dibumi UTHM.

Sebagai seorang ahli yang baru pertama kali terlibat dalam bergerak kerja untuk pilihanraya kampus, ini merupakan satu pengalaman yang berharga buat ana lebih-lebih lagi dalam nak mempromosdikan seseorang calon itu. Jujur ana katakan ana hanya buat apa yang ahli lain buat, sebagai contoh kalau ada yang buat konvoi ana pun akan buat konvoi juga untuk calon ana dan seterusnya.

Apa yang paling seronok ialah ana dapati kemampuan ana lebih dari seorang muslimin, ana mampu gantung banner sorang-sorang, gantung poster tu biasalah dan ana dapat hilangkan rasa malu apabila ana turun naik panjat macam-macam benda depan orang ramai. Eee...bestnya. Seperti ada satu rasa kepuasan dalam diri apabila kita berjaya buat sesuatu yang orang lain rasa kita tak mampu najk buat. Semua orang tegur, nape buat sendiri? boleh ke? n macam-macam lagi la. Jawapannya senang je..... senbagai bakal project manager, panjat memanjat ni dah jadi lumrah hidup....so jangan heran.

Namun dalam keseronokkan itu kami diuji dengan pelbagai benda, poster terpaksa ditanggalkan hanya kerana satu pekara iaitu cop!Ana sampai dituduh cuba sabotaj calon padahal tu calon ana sendiri tu. Takpela, dieorang tak tahu at least dengan izin Allah kami dapat counter balik hal ni n things back to where they are, at least for some people.

Satu pekara yang manis dalam pilihanraya kampus ini ialah ukhwah antara kami semua tak kisahlah sesama muslimin atau muslimat, semuanya dapat seiring dalam bergerak kerja, adatlah kalau ada sedikit salah faham asalkan benda itu dapat kita rasionalkan kembali melalui niat kita iaitu kerana Allah.

Akhir kata dari ana, sahabat sahabiah ku perjuangan ini belum selesai malah ia baru bermula, usaha kita perlu dipertingkatkan lagi dan kebergantungan kita pada Allah perlu sentiasa teguh. Ingatlah kita bukan pemula mahupun pangakhir, kita hanya penyambung mata rantai perjuangan Rasulullah.

Wallahualam