Khamis, 31 Disember 2009

Waspada Sambut Tahun Baru!

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kehadiran tahun baru dilihat sebagai satu hari perayaan yang disambut dengan pelbagai upacara yang kebiasaannya menelan perbelanjaan yang besar. Orang ramai diajak berkumpul di tempat-tempat yang tertentu sama ada secara terbuka mahupun tertutup dan mereka disajikan dengan pelbagai program hiburan yang mengasyikkan serta bertentangan dengan syarak.

Bahkan di sesetengah perhimpunan tersebut ia dicemari dengan aksi pergaulan bebas di antara kaum lelaki dan perempuan, pesta tari-menari, pemakaian pakaian yang menjolok mata bahkan adakalanya minuman keras turut disajikan sambil masing-masing menunggu kedatangan detik 12 malam yang menunjukkan masuknya tahun baru.

Maka sorak-sorai serta jerit-pekik gembira bergema apabila jam tepat menunjukkan pukul 12 malam. Hiburan-hiburan berunsur maksiat ini akan berterusan sehingga ke pagi hari. Ini sebenarnya budaya kaum yang ingkar kepada perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala yang telah menjadi ikutan muda-mudi Islam pada masa ini.

Budaya sebegini begitu giat dipropagandakan di negara-negara Islam melalui serangan ideologi oleh musuh-musuh Allah agar umat Islam terpesong daripada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Hakikatnya, kita telah diperingatkan tentang niat buruk golongan ini melalui Firman-Nya: "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)." Al-Baqarah: 120.

Malangnya terdapat di kalangan umat Islam yang tidak mengendahkan peringatan tersebut dan ramai yang bukan sekadar terlibat dalam upacara sambutan tahun baru ini malah ada juga yang menganjurkan, mempromosikan dan menggalakkan sambutan hari tersebut. Sebenarnya terdapat banyak sekali dalil-dalil daripada al-Qur'an mahupun Hadis yang melarang perbuatan menyerupai tingkah-laku kaum yang menolak agama Allah di dalam perkara yang menjadi sifat dan khusus bagi mereka. Termasuk dalam perkara seumpama ini adalah meniru mereka dalam menyambut hari-hari perayaan dan pesta-pesta mereka.

Setiap sambutan yang dikhususkan pada hari tertentu dan sambutannya berulang-ulang setiap tahun serta diagung-agungkan oleh orang-orang bukan Islam maka ia termasuk dalam kategori hari-hari perayaan yang terlarang bagi umat Islam menyambutnya. Apatah lagi umat Islam mempunyai hari-hari perayaan tersendiri yang diredhai oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dan ia membatalkan seluruh hari-hari perayaan lain yang tidak disyariatkan.

Daripada Anas bin Malik R.A, dia berkata: Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang pada keduanya mereka bermain-main (bergembira) pada masa jahiliah, maka Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Aku datang kepada kalian sedangkan kalian memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliah. Dan sesungguhnya Allah telah menggantikan keduanya dengan yang lebih baik iaitu Hari Raya Aidiladha dan Aidilfitri." Riwayat Imam al-Nasa'i di dalam Sunannya no: 959.

Daripada Tsabit bin Al-Dhahhak R.A bahawasanya dia berkata: Seorang laki-laki telah bernazar pada masa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam untuk menyembelih unta sebagai korban di Buwanah. Lalu dia mendatangi Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lalu berkata: "Sesungguhnya aku telah bernazar untuk menyembelih unta sebagai korban di Buwanah." Lalu Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bertanya: "Apakah di dalamnya terdapat salah satu daripada berhala-berhala Jahiliah yang disembah?" Mereka menjawab: "Tidak." Baginda bertanya lagi: "Apakah di dalamnya terdapat salah satu dari hari-hari besar mereka?" Mereka menjawab: "Tidak." Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Tepatilah nazarmu kerana tidak perlu menepati nazar di dalam berbuat maksiat kepada Allah dan di dalam hal yang tidak dipunyai (tidak mampu dilakukan) oleh manusia." Riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya no: 3313.

Lihatlah bagaimana berhati-hatinya Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam agar kita tidak membuat sesuatu perkara yang bersamaan dengan tarikh hari-hari perayaan golongan yang syirik kepada Allah.

Tentu sekali menyambut hari-hari besar musuh-musuh Allah seperti pesta sambutan tahun baru bersama mereka di seluruh dunia memiliki implikasi yang lebih berat di sisi syarak.

Umat Islam dilarang mengikuti budaya-budaya sesuatu kaum yang bertentangan dengan syarak dan sesiapa yang meniru budaya tersebut maka di akhirat kelak mereka akan tergolong bersama-sama dengan kaum yang memusuhi Allah tersebut. "Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka." Riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya no: 3512.

Tambahan pula Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menjadikan kelompok-kelompok yang ingkar kepada perintah-Nya memiliki hubungan yang akrab di antara satu sama lain. Maka keterlibatan orang-orang Islam dalam upacara-upacara golongan yang menderhaka kepada Allah dan Rasul-Nya menunjukkan mereka telah menjadi sebahagian daripada kelompok yang zalim tersebut sebagaimana ditegaskan dalam surah al-An'am ayat 129.

Apabila kita melakukan sesuatu perbuatan terlarang yang menyerupai kaum yang memusuhi Allah, ia sebenarnya secara tidak langsung menampakkan seolah-olah kita kagum dengan golongan yang ingkar kepada Allah dan Rasul-Nya serta mengagung-agungkan budaya mereka. Sikap sebegini dicela oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala melalui firman-Nya: "Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka." Al-Mujaadalah: 22.

Seperti yang telah sedia maklum, upacara-upacara sambutan tahun baru ini kebanyakannya adalah pesta-pesta yang dipenuhi dengan perkara-perkara yang berunsur maksiat dan Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menjanjikan azab yang pedih bagi mereka yang berpesta di atas muka bumi ini dengan perbuatan-perbuatan terlarang. Ini dijelaskan dalam surah Ghaafir, ayat 75.

Berdasarkan paparan yang telah dikemukakan di atas, maka tidak boleh hukumnya seorang Muslim untuk menganjurkan, menghadirkan diri, mempromosikan ataupun membantu mengadakan perayaan-perayaan hari-hari besar yang tidak ada landasannya dalam Islam seperti sambutan tahun baru. Ini kerana ia termasuk perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala seperti dalam surah al-Maaidah ayat 2.

Pun begitu, tidaklah pula menjadi kesalahan sekiranya setiap kali munculnya tahun baru, seseorang Muslim itu melakukan muhasabah terhadap apa yang telah berlaku dalam hidupnya dan berusaha untuk membuat perancangan dalam memperbaiki apa jua kelemahan yang ada dalam diri masing-masing.

Oleh itu, apabila tibanya tahun baru maka tidaklah dilarang untuk seseorang itu menanamkan azam baru yang positif serta selari dengan syarak dan hendaklah pula dia bersungguh-sungguh untuk memastikan azam tersebut menjadi realiti dan bukan sekadar angan-angan.

Apa yang lebih baik, umat Islam mengutamakan tahun baru hijrah menurut kalendar yang telah diperkenalkan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab R.A. dalam menetapkan azam baru ini. Penggunaan kalendar hijrah ini juga lebih wajar untuk diperluaskan dalam urusan-urusan harian seluruh umat Islam. Hendaklah umat Islam merasa bangga terhadap agama Islam yang dianutinya serta syiar-syiar yang berkaitan dengannya.

Janganlah kita menjadi umat yang tidak mempunyai pegangan, lantas mudah terikut-ikut dengan budaya-budaya asing yang cuba ditanamkan dalam masyarakat kita dengan tujuan untuk menjauhkan kita daripada jalan yang lurus lagi diredai Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Hindarkan diri kita daripada menjadi ejen-ejen yang mempopularkan gaya hidup musuh-musuh Islam serta memasyhurkan budaya-budaya kuning mereka sehingga ia mengalahkan atau menggantikan cara hidup dan akhlak-akhlak yang Islamik.

Oleh: Mohd Yaakub.

Sebagai umat Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui "hawl" (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identiti Islam yang tersendiri. Islam juga telah meletakkan dua hari raya yang patut disambut dan dirayakan oleh Umat Islam iaitu Eidil Fitri dan Eid Adha.

Oleh itu, sebarang sambutan majlis lain mestilah tidak menyerupai sambutan perayaan dua hari raya Islam tadi. Islam juga terbuka dalam menilai sambutan keraian yang tidak bersifat keagamaan, diterima adat dan tiada unsur yang bercanggah dengan hukum dalam sambutannya.

Tidak dinafikan bahawa terdapat para ulama yang mengharamkan sama sekali sambutan tahun baru dalam apa jua bentuk. Namun, menyambut tahun baru Masehi (yang mengikut kiraan Gregorian calendar ciptaan Pope Gregory), menurut pandangan saya, ia adalah HARUS secara bersyarat serta bergantung kepada cara sambutan dan keraian yang dibuat.

Walaupun kalendar masehi adalah ciptaan bukan Islam, namun melihat kepada penerimaan kalendar moden ini, ia tidak lagi kelihatan bersangkut paut dengan agama malah amat ramai yang tidak lagi mengetahui dan ambil endah tentang asal usulnya, apatah lagi kaitannya dengan mana-mana agama. Ia sudah dikira sebagai sebuah kalendar moden yang diterima di atas asas adat dan kebiasaan. Namun begitu, syarat-syarat seperti berikut mestilah diambil perhatian dalam sambutannya:-

1. Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam yang boleh membawa kesedaran keagamaan dan kebaikan, maka saya masih berpendapat ia adalah HARUS kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.

Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah "Al-‘Adat Muhakkamah."

Ertinya : "Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan". (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).

Terdapat satu keadah lain berbunyi : "Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat."

Ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)

2. Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali jika dianjurkan oleh badan agama yang disertai mereka yang mempunyai ilmu agama yang baik dan bukan terbuka sebagaimana sambutan besar-besaran umum. Tatkala itu, sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga.

3. Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).

4. Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.

Sabtu, 26 Disember 2009

Siri 2: "Maaf saya tidak salam lelaki"



Gambar hiasan

"I noticed you did not shake hands with guys", sapa Sian Hodgson berketurunan Welsh, kawan sekuliah, seni bina.

"True. It is Islam. We are not allowed to physically touch the opposite gender except our spouses and family members", secara ringkas diterangkan kepadanya.

"Just like the Jews! Jewish women do not shake hands with men", ujarnya.

Jika Sian teruja dengan ilmu baru berkaitan Islam, saya pula teruja dengan apa yang dia kongsikan.

Saya tahu, Yahudi dan Islam percaya tuhan adalah Esa. Saya tahu, Yahudi dan Islam mengaku Nabi Musa as adalah utusan Yang Maha Pencipta. Namun, tidak pernah pula saya tahu bahawa Yahudi tidak bersalaman dengan yang berlainan jantina, kecuali yang halal sahaja! Menarik.

Lebih menarik lagi apabila Sian, bukan beragama Yahudi mahu pun Islam, tidak mempersoalkan hatta memperlekeh apa yang saya terangkan.

Perbualan di atas sekadar mengisi masa ketika berehat sebentar daripada kerja-kerja seni bina yang tidak akan pernah sempurna. Perbualan berlaku di studio, tempat kami berkerja,

Semestinya jawapan yang diberikan kepada Sian tidak melayakkan A1 untuk subjek pendidikan agama. Saya kira, jawapan ringkas sudah memadai untuk kali yang pertama. Andai saya memasukkan istilah lelaki ajnabi dan yang sewaktu dengannya, sulit!

Saya menjawab bukan untuk mengajar agama. Tiadalah bertauliah pula. Sekadar menyampaikan mesej bahawa Islam punya prinsip.

Namun, disebalik mesej, saya terpukul sendiri. Islam serta Muslim adalah dua entiti yang berbeza. Muslim punya prinsip?

Belajar Dari Barat?

Sebelum berangkat di luar negara, kami ditekankan tentang menghargai masa. Hal ini termasuklah bab ketepatan masa serta memanfaatkan semaksimum mungkin masa yang ada. Maka, ketika persediaan di kolej sebelum ke luar negara lagi sudah dilatih. Ditambah pula tenaga pengajarnya mat saleh. Sekalipun dewan belum dipenuhi pelajar, andai cukup masa, pengerusi majlis harus memulakan acara. Jika tidak, isu besar!

Hal yang sama turut jelas diamalkan ketika saya di luar negara selama tiga tahun. Sama ada di peringkat individu, masyarakat, hatta sistem sosial yang dirancang oleh pemimpin, turut mengaplikasikannya. Menghargai masa. Paling terkesan ialah sistem pengangkutan awam. Selaku pengguna setia, saya cukup berpuas hati dengan sistem serta perkhidmatan yang disediakan.

Samada perkhidmatan bas dalam bandar sehinggalah perkhidmatan keretapi antara bandar, semuanya mempunyai jadual waktu yang tersendiri. Jam dan minit telah ditetapkan. Selalunya tepat, jarang-jarang tiba awal atau terlewat. Jarang sekali.


Train meneman ke sana-sini.

Cumanya, pernah sebanyak dua kali saya tertinggal kereta api. Malu dengan diri sendiri. Terlewat beberapa minit, kadangkala saat! Kata orang sudah takdir. Kata saya, jangan salahkan takdir, muhasabah kecuaian sendiri. Astaghfirullah. Astaghfirullah...

Itulah Barat yang mengajar saya bahawa prinsip menepati masa berbicara melalui perbuatan. Bukan sekadar ditulis didinding menjadi hiasan. Bukan sekadar ucapan, dibuktikan dengan tindakan.

Jauh sekali ingin mengagungkan Barat dengan prinsip menghormati masa kerana Islam jauh lebih hebat dalam hal yang serupa.

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar".

Islam menyatakan prinsip menghargai masa sejak lebih daripada 1400 tahun dahulu. Ditulis dengan jelas bahkan kekal ke hari ini di dalam kitab suci. Soalnya.....

Muslim.

Menanam Prinsip

Memegang kukuh sesuatu prinsip perlukan latihan secara berterusan. Seperti kata manusia, the best way to learn it is to do it!

Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Islam dari awal lagi menyediakan latihan khusus bagi mengamalkan prinsip menghargai masa. Latihan melalui pergerakan. Latihan sepanjang kehidupan bahkan jatuh hukum wajib apabila sudah akil baligh. Latihan yang diulang-ulang lima kali sehari, hatta dalam keadaan sakit melainkan tidak sedarkan diri. Latihan tanpa perlu ada sesiapa memantau, hanya berdasarkan hubungan antara manusia dan pencipta. Itulah solat.

Setiap kali azan berkumandang, umat Islam dianjurkan untuk meninggalkan pekerjaan dan menyahut seruan Hayya `ala solah. Berpusu-pusulah manusia bergerak ke masjid untuk solat jemaah bersama-sama. Bergerak daripada satu perbuatan kepada perbuatan yang lain. Usai bersolat, digalakkan pula agar terus beralih kepada urusan yang seterusnya. Hanya mereka yang tersilap faham kekal duduk di masjid berzikir panjang berjela, beribadah katanya. Sedangkan ibadah itu luas.

Ringkasnya, ibadah solat melatih Muslim menghargai masa dalam tiga perkara, sekurang-kurangnya pada pengamatan saya.

Pertama, ketepatan masa. Sebelum waktu solat lagi dianjurkan untuk bersiap sedia dan tiba sedikit awal untuk mengerjakan solat sunat. Apa jua pekerjaan sewajarnya ditinggalkan apabila tiba waktu solat. On time!

Kedua, tidak menangguh-nangguhkan masa. Sikap tidak bertangguh dalam solat dinyatakan dengan jelas di dalam ayat sembilan Surah Al-Mukminun. Antara ciri orang beriman ialah mereka yang memelihara solatnya dan beruntunglah mereka. Bayangkan dalam menyiapkan coursework kuliah misalnya, andai ditangguh, bukankah parah?

Ketiga, memanfaatkan masa sebaik mungkin. Solat ialah masa bertemu dengan Allah swt. Manusia dituntut memanfaatkan masa tersebut dengan hanya mengingatiNya dan meninggalkan urusan dunia. Khusyuk. Selesai solat, tidak berlengah-lengah. Segera berpindah pada pekerjaan lain pula. Setiap masa perlu diisi dengan perkara baik dan diusahakan sehabis baik.

Hebat bukan? Islam bukan sekadar menyatakan prinsip, bahkan menyediakan latihannya sekali. Percuma!

Saya sendiri masih bermujahadah mengamalkan latihan ini. Samada ketika menyahut seruan menghadapNya, juga dalam berurusan sesama manusia.

Apa pun, bukan kita bercerita tentang masa. Mesej utama ialah prinsip. Menghargai masa adalah salah satu prinsip Islam. Sama-sama kita bermujahadah menjadi Muslim yang berpegang teguh pada prinsip Islam. InsyaAllah.

Siri 1: Sebelum Terbang Tinggi



Prinsip At-Ta`awun, saling membantu

“Dahulu, boleh dikatakan saya tidak punya prinsip hidup yang jelas. Kini berbeza”, tersenyum saya membuat pernyataan. Sekadar rasa puas dan bahagia. Walaupun belum sempurna, sekurang-kurangnya, diri ini berubah dalam satu hal selepas lima tahun.

Hanya kami berdua di dalam bilik mesyuarat. Borak-borak sambil menantikan yang lain tiba.

“Jadi, apa prinsip hidup kamu sekarang?”, soalnya.

“Wah, bijak! Selalunya, wanita lebih gemar menyambung perbualan dengan bercerita tentang dirinya”, spontan pujian diberikan. Inilah sikapnya yang menyenangkan saya. Sekalipun orangnya pendiam, tetapi bijak memilih kata-kata. Bijak pula menyampaikannya. Paling terkesan, beliau berkata-kata apabila perlu sahaja. Inspirasi ku!

Wanita, lazimnya apabila berbicara, masing-masing berebut untuk menceritakan kisah diri sendiri. Jarang mendengar, apatah lagi bertanya untuk memahami. Apabila lebih daripada dua orang wanita duduk berbicara, kadangkala sukar untuk menentukan siapa yang mendengar siapa. Semuanya membuka mulut bercerita!

“Sememangnya saya belum sempurna. Jauh dari kesempurnaan. Cumanya, saya mendapati diri ini sudah mengamalkan beberapa prinsip dengan baik. Sudah menjadi habit kata orang”, saya mengambil masa untuk menyusun ayat. Itulah pertama kali saya ditanya tentang prinsip hidup secara khusus.


“Baiklah, prinsip pertama, saya perlu hidup untuk memberi sebanyak-banyaknya”, terasa yakin tatkala melafazkan. Inilah antara perkara yang saya telah dan sedang usahakan, sehinggakan wujud perasaan tidak senang jika berdiam diri tidak melakukan manfaat buat orang lain.

“Prinsip kedua pula, jangan terlalu cepat menyatakan `tidak` andai ada orang meminta tolong. Cuba sedaya upaya untuk membantu. Andai diri dimanipulasi, serahkan pada Allah”, saya menambah.

“Apa pendapat kamu andai saya nyatakan prinsip hidup saya ialah Islam?”, soalnya lagi. Soalan yang bijak.

“Benar.........tetapi terlalu umum”.

Islam Di Luar Negara

“Kamu perlu punya prinsip apabila belajar di luar negara kelak. Kemudian, berpegang teguhlah pada prinsip tersebut”. Begitulah lebih kurang kata-kata Dr. Hamdi semasa program persediaan kali kedua yang saya hadiri.

“Semasa di sana, salah satu prinsip yang saya pegang ialah tidak akan ponteng kelas. Sesibuk mana pun, selewat mana pun, saya tetap akan hadir”, tegasnya lagi semasa berceramah. Seperti selalu, Dr. Hamdi bercerita, jauh untuk membangga diri, sekadar pengalaman untuk dikongsi.

Kata-kata beliau menarik perhatian saya. Tentang prinsip. Ketika itu, pelbagai persoalan timbul dibenak fikiran. Persoalan yang tidak saya lontarkan. Persoalan yang tersimpan. Entahlah, tidak tahu bagaimana untuk menghuraikannya menjadi soalan. Saya gemar mendengar dan menjadi peserta yang pendiam ketika ceramah (alasan). Kini, saya memahami, persoalan ini terjawab apabila saya melaluinya sendiri.

Ketika beliau menyatakan kami perlu punya prinsip serta berpegang teguh dengannya semasa di luar negara, hati saya tertanya-tanya, apakah tidak cukup dengan Islam yang dianut sebagai agama?

Ketika beliau memberikan contoh prinsip tidak memonteng kelas, saya kehairanan, apakah sukar untuk memenuhi jadual kedatangan?

Elok kiranya saya menghuraikan persoalan kedua terlebih dahulu.

Berdasarkan pengalaman peribadi di luar negara, ternyata untuk istiqamah ke kelas memerlukan azam yang tinggi. Pertamanya ialah cabaran cuaca ketika musim sejuk. Ramai yang merasakan lebih selesa untuk tetap di rumah daripada berjalan meredah kesejukan untuk ke kuliah selama dua jam semata-mata. Lebih enak membaca nota diatas katil berselubung selimut. Kurang sedikit rasa bersalah! Lebih mencabar lagi apabila berseorangan ke sana ke sini. Satu-satunya pelajar Malaysia di kuliah.

Selain itu, kedatangan ke kuliah tidak dicatatkan. Kehidupan di universiti tidak seperti di sekolah menengah. Tiada siapa yang akan mengawas melainkan diri sendiri. Buat para pelajar yang aktif dengan aktiviti dakwah pula, kadangkala tersilap meletakkan keutamaan antara kelas dan aktiviti luar.

Paling menyedihkan ialah alasan tidak ke kelas kerana tidak memahami apa yang dinyatakan semasa kuliah kerana accent English yang sukar difahami. Sekalipun hakikatnya memang wujud kuliah yang bosan, sukar difahami dan bermacam-macam lagi, apakah wajar?

Justeru, bukan calang-calang pelajar, berjaya hadir ke semua kelas melainkan alasan yang cukup konkrit. MasyaAllah, hebat!

Islam Pada Prinsip atau Nama?

“Andai ke luar negara membawa Islam hanya sebagai nama agama, sukar...”. Begitulah lebih kurang perkongsian saya dengan seorang pelajar yang bakal ke luar negara pula.

“Islam hanya pada nama? Apakah selama ini saya tidak mengamalkan Islam yang sebenar?”, soalnya pantas. Sedikit provokatif. I like! Asalkan berlapang dada. Sedikit desakan, baik untuk mencambahkan pemikiran.

“Kita dilahirkan sebagai Islam. Membesar dalam masyarakat Islam. Kadangkala, apa yang diamalkan atas nama Islam telah menjadi rutin. Menjadi budaya ataupun adat kebiasaan”, saya cuba menghuraikan.

“Apa bezanya ketika di luar negara kelak?”, soalnya bijak. Tanda beliau mendengar dan berfikir. Amaran baik agar saya pula tidak syok sendiri `berceramah`.

“Ketika di luar negara, amalan Islam yang biasa-biasa akan jadi `luar biasa`. Sebagai contoh, di Malaysia, kita sememangnya menunaikan solat fardu lima waktu. Cumanya, ketika di luar negara, prinsip untuk tidak meninggalkan solat akan diuji. Solat secara `luar biasa`”.

“Maksud akak?”

“Begini. Ketika di luar negara, setiap pagi sebelum keluar dari rumah, kita perlu mengambil tahu ataupun mencatat waktu solat kerana perbezaan waktu cukup besar antara satu hari dengan hari yang lain. Tiada Azan yang akan berkumandang. Selain itu, boleh terjadi, waktu solat adalah di tengah-tengah waktu kuliah’, saya menerangkan situasi.

“Selain soal waktu, pakaian, wudhu` serta tempat solat juga perlu difikirkan. Masjid amat jarang didapati di bandar. Di universiti memanglah ada. Cuma masalah jarak dan masa”. Dirinya mengangguk-angguk. Seakan-akan dapat membayangkan keadaan Muslim sebagai kumpulan minoriti.

“Justeru, ketika keluar rumah, minda sudah tersedia untuk berpakaian menutup aurat dengan sempurna. Pakaian inilah yang akan dibawa terus untuk bersolat. Terutama sekali buat akak yang malas membawa set telekung."

"Diri pula akan dipastikan sudah berwudhu dengan sempurna dan mengenakan khuf sebelum meninggalkan rumah. Botol kecil berisi air akan sentiasa dibawa di dalam beg sebagai persediaan andai wudhu terbatal. Penyelamat apabila berhadapan situasi sukar mencari air (selain tayamum). Terakhir sekali ialah memilih tempat untuk bersolat berbekalkan kompas penunjuk arah kiblat di tangan. Samada di tempat tertutup atau terbuka. Samada di fitting room ataupun di tempat meletakkan kereta!”, saya menyimpulkan contoh.

“Andai suasana yang cukup selesa di sini pun, ramai yang mengabaikan solat, apatah lagi di sana. Menuntut solat yang `luar biasa`! Hanya yang punya prinsip serta berpegang teguh dengannya akan berjaya”. Bersemangat dia menyatakan. Menunjukkan dirinya memahami tentang isu utama yang dibincangkan, tentang prinsip, bukannya kaedah solat.

“Benar sekali. Bahkan, kita akan berfikir kembali mengapa kita bersolat. Selalu sahaja soalan-soalan diajukan oleh teman-teman sekuliah yang berminat untuk mengetahui tentang Islam. Lebih penting lagi, kita akan menyoal diri sendiri. Mengapa aku bersolat selama ini?”, saya menambah. Sekadar mengaitkan bagaimana seseorang yang jelas dengan prinsip beragama menjauhkan diri daripada gejala rutin dan budaya.

“Rupanya selama ini saya sibukkan diri dengan perkara yang remeh-temeh dalam persediaan ke luar negara. Soal cuaca, pakaian musim sejuk, rempah ratus. Sedangkan soal mempunyai prinsip serta berpegang teguh dengannya ketika di luar negara kelak tidak pernah saya fikirkan”, ujarnya lemah.

“Sekurang-kurangnya masih sempat. Perkara remeh-temeh perlu diambil tahu dan diuruskan juga, cumanya, jangan sampai terlupa yang lebih utama. It is better late than never!” kata-kata positif daripada saya.

Saya juga pernah berada ditempatnya. Anak muda yang mencari-cari sebelum terbang ke oversea. Sebelum terbang tinggi! Berpegang teguh dengan prinsip melalui perbuatan. Kelak, prinsip akan berbicara.

A dialogue between Palestine, Egypt and Israel




Palestine : Why did you do this to us?

Egypt : Did what?

Palestine : Stop pretending. You know what I mean.

Egypt : No, I don’t!

Palestine : Fine, let me tell you silly, about the tunnel, why did you block the tunnel?

Egypt : Owh, about that. Sorry, I strongly think that’s my territory, so I have the right to do whatever I want. Furthermore, I just want to stop you from smuggling.

Palestine : Yes I know that’s your territory. But you knew how Israel blocked our supplies for foods, oils and all necessities from coming in, and if not because of the tunnel, we are already died in hunger. Now you want to block the tunnel. How could you do this to us? We are brothers! Please don’t forget that this world is not belong to us, its belong to Allah The Almighty! And He just lend it to us!

Egypt : errr… (feel guilty)...

Then come Israel.

Israel : What’s the problem here?

Palestine : Go away! It’s none of your business!

Israel : It’s my business because you are bullying my friend here! O my friend Egypt, tell me, what’s the problem?

Egypt : emm… (looked down then speak slowly)... Palestine is mad at me because I blocked the tunnel.

Israel : Owh about that. Then why did you afraid? You don’t have to be afraid, I’m here. I will protect you and will always protect you Egypt.

Egypt : (silence, felt ashamed)

Palestine : Egypt, please, we are Muslim, I know you are under pressure from Israel, and I know that you know who’s the real bully here. It’s not me, it’s Israel!

Israel : Hey watch your mouth Palestine, don’t try me!

Palestine : What?! What are you going to do Israel?! What else that could be more worse than what you had done to us on the ‘Nakba’! On 15 May 1948! Don’t you ever dare to forget that date Israel! You came to our land, you established the living of Jews, Zionist acted cruelly and dispelled more than 800 000 Palestinian from our very own country! Not enough with that, you destroyed 478 villages among 580!

Egypt’s face dropped down. He felt so ashamed, guilty, regretted. When Israel saw that, he panicked. His face became red as he was mad. Then immediately he punched Palestine face and Palestine fall to the ground.

Israel : See, I warned u!

Palestine : Why! That’s all that you can do! Do you really think by punching me at my face will make me scared! Not a chance Israel! Not a chance! Like I said Israel, you had done worse to us. Don’t you forget it Israel! And if you pretend to forget it, let me remind you Israel.

(Israel became more panicked. He didn’t know what else that might come from Palestine’s mouth, and he afraid it will affect his relation with Egypt. )

While Palestine got back to his feet and shed the blood on his lips from the punch by Israel, he continued.


Palestine : Do you remember 9 April 1948 Israel? The chaos that you had done at Deir Yassin. DO U REMEMBER?! You came to Deir Yassin with your army and without sympathy you started to burn the village! You burned down our house Israel! Not enough with that, while the house was burning, you waited outside of the house, and when people running out of the house to save themselves from the fire, you shot them at the head! At their head Israel! Without any sympathy! You shot women, old people and kids! The people that you shot without any sympathy. My parents, my children, my wife, my brothers, my sisters, they all were my family Israel!

(At this moment, tears started to run down on the cheek of Palestine, he could not bear it anymore, he felt so sad remembering what Zionist had done to Palestinian.)

Palestine : Why you did that Israel? Why you have to act so cruel Israel? Why you have to shoot the kids while they were trying to save themselves from the burning house? They were scared Israel. They just wanted to save themselves. But you killed them all. What have they (kids) done to you that made you shot them at their head? They did nothing wrong Israel. They were just children. Where’s your humanity Israel? (…Palestine sobbing...)

Egypt started to cry.

Israel panicked that suddenly he shout at Palestine.

Israel : Hey shut your mouth Palestine! That’s enough!

Without care of Israel, Palestine continue in sobbing.

Palestine : My brother Egypt, please, look me in my eyes and tell me that I was wrong. They (while pointing his finger at Israel) are an animal, worse than animal! Have you forget that hundreds of heavily-armed Jews massacred a little village near Baitul-Maqdis (Jerusalem) of 200 Arabs. They raped the women and children, then crushed their heads with rocks until the brain blew out.

(Egypt fall to his knees, he could not barely stand anymore, he felt so weak.)

Israel was surprised. He then hit Palestine face again. This time harder. Palestine fall to the ground. Without waiting, Israel then kick Palestine face, again and again. Israel acted like crazy man who was losing his mind. Palestine was groaning in pain.

Egypt : STOP IT ISRAEL! Please stop! (crying and pleading Israel to stop, he could not bear looking Palestine was hit like that)

But Israel will never stop. He hated Palestine so much. He keep on kicking Palestine. Egypt then felt something wrong when he saw Israel picked up a big stone near him.

Egypt : NO, NO ISRAEL,,,PLEASE DON’T… PLEASE,,,NOO,,!!!

It was too late, Israel hit Palestine face as hard as he could with the stone. Blood burst out all over his face. Israel then became panicked and fled from the scene.

..........(Silence for a moment)..........

Egypt was surprised by the scene that he just saw. Egypt then immediately run to Palestine and hold Palestine head. His face was covered with blood. He was still breathing, but so weak. Palestine was dying.

Egypt (while crying) : Palestine, wake up Palestine, please my dear brother, wake up, please don’t die. Don’t leave me.

With few strength left, Palestine softly spoke to Egypt’s ear...

" Don’t cry my brother. Don’t cry, be strong. Israel can kill me, but he will never kill my spirit. He can kill my whole country, but he can never kill the passion of Muslim around the world. By God wills, Islam will rise someday. But before that, we need to unite my brother. You, me and all our brothers of Islam around the world should unite as one. We should stop fighting among us. We should stop depending on Israel and America. We Muslim, should embrace as one, and love each other as a family for the sake of our beloved religion, Islam. And when that time come, Islam will rise as high as ever. Trust in ourselves that we can and we will win. Remember, Allah will always be on our side. We can bring the change to the world. Islam will rule the world someday. InsyaAllah. "

Egypt : I will my brother, InsyaAllah, I will remember all your words.

Wanita:Agar Dikau Bahagia


Kepada setiap muslimah yang rela Allah swt sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Rasulnya.

Kepada setiap pendidik yang berjihad di jalan Allah dengan untaian kalimahnya, menjaga norma-norma nya dan menyucikan jiwanya.

Kepada wanita yang bimbang dan bersedih, berbahagialah dengan dekatnya kemudahan, datangnya pertolongan Allah swt serta janji pahala yang besar dan terhapus segala dosa.


***

Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman kepada Allah swt. Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dia lah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi RabbNya.

Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut,kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutanNya, maka dia lah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang.

Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan bintang di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di keningnya.

Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.

Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.

Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah, diammu adalah berfikir.

Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh penduduk bumi. Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur dari semua makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan kesempitan, bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.

Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang mu'min, lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasih nya seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.

Pesanku, jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.





Rabu, 18 November 2009

Saya teringat kepada perempuan-perempuan itu


Hari ini saya teringat kepada beberapa orang perempuan. Hem… Siapakah yang saya teringat itu? Perempuan-perempuan ini, ada yang saya kenal masa tadika. Ada pula yang saya kenal masa sekolah rendah. Ada pula yang saya kenal masa sekolah menengah. Apabila saya dewasa, saya berusaha memeriksa latar belakang perempuan-perempuan ini, dan mengkaji kehidupan mereka. Mudah cerita, saya suka dengan perempuan-perempuan ini sebenarnya. Pada saya, mereka amat bermakna dalam kehidupan saya. Oleh kerana saya teringat akan mereka, maka saya ingin perkenalkan mereka kepada kalian.
Perempuan-perempuan ini, adalah perempuan-perempuan yang dilupakan. Hari ini, perempuan melihat kepada siapa untuk mereka contohi? Hari ini, lelaki akan memilih perempuan yang bagaimana untuk dijadikan isteri? Hari ini, ibu bapa akan membesarkan anak perempuan mereka mengikut perempuan yang mana? Hari ini, masyarakat akan mengangungkan perempuan yang bagaimana? Hari ini, perempuan jenis apakah yang dikira sebagai mulia? Hari ini, perempuan bagaimanakah yang lelaki puja? Persoalan ini, anda boleh jawab sendiri di dalam hati, dengan melihat keadaan sekeliling kita. Anda akan melihat satu jawapan yang sama, walau di mana sahaja anda berada. Perempuan jenis ‘itu’. ‘Itu’ itu anda terjemahkan sendiri dengan pengamatan anda pada keadaan hari ini.
Kita lihat hari ini, masyarakat, baik lelaki atau perempuan, orang tua atau anak-anak, telah melupakan sebahagian perempuan-perempuan agung yang sepatutnya dijadikan contoh, qudwah untuk wanita-wanita seluruh dunia, sepanjang zaman. Sesungguhnya, figur-figur inilah yang mengusung panji ISLAM dalam kehidupan, seterusnya memuliakan diri mereka dengan kalimah ALLAH SWT. Maka hari ini, saya nak memperingati perempuan-perempuan yang dilupakan oleh ummah ini.
Ramai manusia sudah melupakan Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid. Dialah yang digelar Afifah Solehah (wanita suci). Seorang wanita yang sanggup berkorban segala kekayaannya untuk membantu dakwah Rasulullah SAW. Dialah yang paling pertama beriman, tanpa meragukan seruan Rasulullah SAW. Dialah wanita, yang menenangkan suaminya yang ketakutan tanpa memperlekehkan. Dialah wanita, yang tegar bertahan susah senang bersama suaminya, sehingga nyawa ditarik ALLAH SWT. Bayangkan, dia adalah seorang yang kaya raya, hartawan, tetapi sanggup dipulau bersama Rasulullah SAW selama 3 tahun 3 bulan dan makan pucuk kayu sahaja hingga pecah-pecah mulut.
Ramai juga terlupa dengan Fatimah Az-Zahrah binti Rasulullah SAW. Dialah yang bertahan di sisi Rasulullah SAW ketika ayahandanya itu diseksa teruk. Tanpa kecewa, tanpa rasa hendak berputus asa, dia sentiasa membantu ayahandanya yang sering disakiti. Tangannya yang bersih dan suci itulah yang mencuci najis yang dibalingkan ke tubuh ayahandanya. Tangannya yang suci itulah yang membersihkan segala luka ayahandanya. Seorang wanita yang tabah, kuat menempuhi segala dugaan.
Ramai yang telah terlupa akan seorang wanita bernama Asiah. Dia adalah isteri kepada Firaun yang menentang Musa. ALLAH telah menjadikan bicara lembutnya menyelamatkan Musa AS dari dibunuh Firaun. ALLAH juga menjadikan dia antara yang beriman dengan seruan Musa AS. Malah, ALLAH telah merakamkan namanya di dalam Al-Quran, dan menjanjikan kepadanya syurga atas balasan ketabahannya dalam mengharungi hidup bersama Firaun dan menerima segala seksaannya dalam mengekalkan deen ISLAM dalam dirinya.
Ramai pula yang tidak tahu berkenaan Masyitah. Dia adalah tukang penyisir rambut anak Firaun. Beriman kepada ALLAH SWT dan Nabi Musa, kemudian keimanannya diketahui oleh Firaun. Akhirnya dia bersama suami, serta anaknya yang masih bayi telah dicampakkan ke dalam kuali penuh minyak mendidih. Walaupun nyawa di hujung tanduk, imannya tidak tergadai, malah terjun dengan penuh keyakinan. Masyitah mati syahid mempertahankan imannya dari digadai.
Ramai juga yang telah terlupa kepada Si Suci Maryam, ibu kepada Isa AS. Sang Perawan itu menjaga dirinya, mengabdikan diri dalam bilik yang terkunci, ALLAH memuliakannya dengan memilih Zakaria as sebagai penjaga. Maryam yang suci inilah dipilih ALLAH untuk mengandungkan Isa AS. Apabila dia melahirkan Isa AS dan ditohmah dengan pelbagai dugaan, dia bergantung kepada ALLAH, dan bersangka baik atas segala apa yang berlaku ke atasnya. Akhirnya anaknya Isa AS boleh berbicara dan menyeru manusia sedari buaian.
Siapakah yang hendak mencontohi Nusaibah RAH? Ketika Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang, cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi Rasulullah dari diserang musuh. Kesungguhan Nusaibah melindungi Rasulullah begitu hebat, hinggakan Rasulullah berkata, “Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah (Nusaibah) berperang dihadapanku.”
Ketika itu, anaknya Abdullah luka parah ditikam musuh. Dia mengikat luka anaknya lalu berkata, “Bangun wahai anakku.” Anaknya itu terus bangun dan melawan tentera musuh. Rasulullah yang melihat peristiwa itu bersabda. “Wahai Ummu Imarah, siapakah yang mampu berbuat seperti mana yang engkau lakukan?” Ketika tentera musuh yang menikam anaknya itu menghampiri, Rasulullah berkata kepadanya, “Ini dia orang yang telah melukakan anakmu.” Nusaibah menghampiri orang itu dan menikam betisnya dengan pedang. “Ya, Ummu Imarah! Engkau berjaya membalasnya,” kata Rasulullah sambil tersenyum melihat kesungguhan Nusaibah hatta Rasulullah SAW pun bersorak untuknya.
Siapakah yang mengingati Ummu Imarah ini? Siapakah pula yang hendak menjadi seperti Ummu Sulaim? Dia berkahwin dengan Abu Talhah dengan mahar iman. Abu Talhah seorang kafir ketika itu, jatuh hati kepada Ummu Sulaim yang masih muslim. Ummu Sulaim berkata: “Jika hendak mengahwiniku, maka maharnya adalah iman”. Maka islamlah Abu Talhah. Sehingga ada sahabat yang berkata, “Aku belum pernah melihat seorang wanita sama sekali yang lebih mulia maskawinnya dibandingkan dengan maskawin Ummu Sulaim.” Malah, dia mentarbiyyah suaminya, sehingga suaminya menjadi seorang sahabat yang komited. Siapa yang tidak kenal dengan Abu Talhah? Dialah yang menyambut semua panahan yang ditujukan kepada Rasulullah SAW, pada hari Uhud dengan belakang tubuhnya. Lihatlah bagaimana Ummu Sulaim mentarbiyyah suaminya? Adakah lagi isteri yang sebegitu hari ini?
Siapakah pula yang mengingati isteri kedua Rasulullah SAW, Ummu Salamah? Bagaimana cerdiknya dia, bijaknya dia sehinggakan dia menjadi penasihat yang baik kepada Rasulullah SAW. Ketika peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah, apabila Rasulullah mengarahkan semua sahabat-sahabatnya menyembelih haiwan dan bercukur rambut, tiada seorang pun yang bangkit menyahut arahannya. Rasulullah SAW hairan, lantas kembali ke khemah, lalu berkata di hadapan Ummu Salamah, “Kenapakah berlaku begitu?” Ummu Salamah berkata, “Jangan kau hiraukan mereka, cukurlah rambutmu, dan sembelihlah haiwanmu” Bila Rasulullah SAW melakukan, semua sahabat mengikuti.
Siapakah pula yang hendak mencontohi isteri Rasulullah SAW, Aisyah RA? Ketika peristiwa Hadith Ifki (kisah rekaan) berlaku, menumpahkan fitnah ke atasnya, mengotorkan namanya, dia tetap teguh, yakin kepada ALLAH SWT. Tiada sebentar pun dia bersangka buruk kepada ALLAH SWT bila ditimpa dugaan.
Siapakah pula yang mengingati Asma’ binti Abu Bakr? Dia digelar Zat An-Nitaqain kerana mengoyakkan tali pinggangnya kepada dua untuk membawa makanan kepada Rasulullah SAW dan bapanya Abu Bakr RA ketika persembunyian di Gua Thur. Dialah juga yang dilempang oleh Abu Jahal sehingga tercabut subang di telinganya, kerana tidak mahu memberitahu posisi Rasulullah SAW dan bapanya ketika hijrah. Dialah juga yang mentarbiyyah anaknya, Abdullah Ibn Zubair RA, sehingga menjadi seorang sahabat Rasulullah SAW yang berani.
Siapakah pula yang ingat kepada Khansa? Dia mempunyai empat orang anak. Dia mentarbiyyah empat orang anaknya dengan baik. Apabila mendapat seruan jihad, dihantarnya anaknya yang sulung. Anak sulungnya syahid. Dihantar pula yang kedua. Yang kedua juga syahid. Dihantar pula yang ketiga. Yang ketiga juga syahid. Begitu jugalah juga dia menghantar anaknya yang keempat, dan yang keempat itu pun syahid. Akhirnya dia menangis. Orang berkata, “Khansa kesedihan kerana kehilangan semua anaknya” Tetapi tahukah kalian apakah jawapannya? “Diamlah kalian, sesungguhnya aku bersedih kerna aku tidak punya anak lagi untuk dihantar berjihad di jalan ALLAH”
Wahai perempuan hari ini, siapakah antara kamu yang mengingati mereka? Wahai lelaki hari ini, siapakah antara kamu yang mengenang mereka? Wahai ummah, hari ini perempuan mana yang kamu puja dan puji? Oh masyarakat, hari ini perempuan bagaimana yang kamu sanjungi? Oh perempuan, hari ini perempuan mana yang kamu ikuti dan contohi? Oh lelaki, hari ini perempuan yang bagaimana kamu gila-gilai untuk jadikan isteri? Siapa? Sesungguhnya perempuan-perempuan dalam lipatan sirah ini telah dilupakan. Mereka sememangnya perempuan-perempuan yang telah dilupakan. Sedangkan pada diri mereka, terdapat kemuliaan yang tiada tandingan. Dan hari in saya teringatkan perempuan-perempuan itu.

Khamis, 12 November 2009

Sifat-sifat Pendakwah





Dakwah Islamiah pada mulanya adalah merupakan tugas para Rasul yang kemudiannya dilaksanakan oleh Alim Ulama'. Oleh yang demikian, bolehlah dikatakan bahawa kebahagiaan setiap umat sedikit sebanyak bergantung pada Alim Ulama'. Apabila mereka baik, maka baiklah manusia dan apabila mereka rosak nescaya rosaklah manusia. Ini bererti tanggungjawab Alim Ulama' amatlah besar, dan tugas mereka itu amatlah berat, lebih-lebih lagi kalau mereka menjadikan dakwah (tabligh) sebagai tugas khusus mereka. Pendakwah mesti ada mempunyai sifat-sifat di antara lain seperti berikut :

1. Memahami maksud Al-Quran dan Al-Hadis.

2. Beramal dengan ilmunya.

3. Tahan marah (berlapang dada)

4. Berani, tidak takut kepada sesiapapun dalam menerangkan kebenaran. Celaan manusia tidak akan menghalangnya daripada menjalankan kewajipan.

5. Menjaga diri, tidak mahu kepada harta kepunyaan orang.

6. Berpada-pada dengan kesenangan dunia dan redha dengan harta yang halal walaupun sedikit.

7. Kuat, sihat dan fasih lidah.

8. Mengetahui perkara-perkara di bawah ini :

(a) Hal ehwal orang yang akan menerima dakwah iaitu tentang kesediaannya untuk menerima dakwah, persekitaran dan sosialnya.

(b) ilmu sejarah umum.

(C) Ilmu Psikologi.

(d) Ilmu Geografi.

(e) Ilmu Akhlak

(f) Mazhab-mazhab, aqidah yang betul dan mazhab-mazhab yang salah.

(g) Bahasa orang yang menerima dakwah.

(h) Ilmu kemasyarakatan (sosiologi) yang membincangkan perkembangan masyarakat manusia dan segala yang berkaitan dengannya.

9. Amat mempercayai kepada janji-janji Allah dan mempunyai harapan penuh untuk mendapat kejayaan biar pun usaha dakwah itu memerlukan usia yang lama dan memerlukan pengorbanan yang besar.

10.Tawadu' (merendah diri) dan menjauhkan diri daripada perkara
yang aib.

11.Tidak bakhil mengajarkan apa-apa ilmu yang diketahuinya. Tidak keberatan untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan faedah kepada orang lain.

12. Bersifat wakar dan tenang.

13.Tinggi hemat dan mulia diri. Tidak berpuashati dengan perkara-perkara besar yang belum sampai kepada kesempurnaannya dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara hina dan marah ketika disedari dirinya serba kekurangan pengetahuan atau bukti.

14. Sabar ketika menjalankan dakwah kerana Allah.

15. Bersikap Taqwa dan Amanah.

BERSIFAT WAKAR DAN AMANAH

Sifat wakar ada pada ;

(a) Orang yang tidak bercakap sesuatu yang sia-sia, sekiranya perlu bercakap dia akan hanya bercakap sekadar yang perlu sahaja.

(b) Orang yang menggunakan gerak-geri bagi menyatakan sesuatu maksud.

(c) Orang yang sedia mendengar segala pertanyaan dan berhati-hati ketika menjawab.

(d) Orang yang tidak gopoh dalam segala perkara.


Di samping itu sifat wakar ini juga dapat menggambarkan ciri-ciri ;

(a) Memelihara diri daripada senda-gurau yang tidak sopan.

(b) Tidak bergaul dengan orang yang suka bergurau dan menghindari majlis mereka.

(c) Menahan lidah daripada menyebut perkataan yang buruk.

(d) Tidak menunjuk-nunjuk diri tanpa sebab yang munasabah seperti duduk di jalan atau di pasar.

Sifat-sifat yang ditonjolkan begini menarik minat orang ramai kerana keperibadian dan akhlak serta kemuliaannya.

" Ingatlah sahabat sahabiah kita bukan pemula mahupun pengakhir, kita lah penyambung mata rantai perjuangan ini..........."

Budayakan Hidup Bersama Al-Quran


Sewaktu kecil dulu, orang tua-tua selalu cakap : kalau tak khatam al-quran 30 juzuk, nanti tak boleh berkhatan.

Rasanya, itulah petua orang-orang dahulu yang diguna pakai untuk mentarbiyah anak-anak supaya membaca al-quran dan mengkhatamnya. Apa lagi, sebab takut tak dikhatankan, masing-masing berlumba-lumba untuk menghabiskannya.

Walaupun seolah terpaksa, namun kadang-kadang perlu juga dibuat begitu. Itupun masih ada yang malas. Iya! Budaya membaca al-quran. Nampak remeh, namun ramai yang mengabaikannya.


Pengalaman di bumi Mesir

Pengalaman berada di bumi mesir, banyak yang boleh dijadikan pengajaran dan juga panduan. Contohnya, pada suatu hari sewaktu di dalam bas yang begitu sesak dengan penumpang, saya terlihat seorang mak cik sedang membaca al-quran dalam keadaan berdiri.

Terdetik di hati saya ”huh! bagusnya makcik tu”.

Pada petangnya, dalam perjalanan pulang ke rumah, di dalam keretapi, saya melihat seorang pak cik sedang membaca al-quran dengan gaya bersahaja juga dalam keadaan berdiri. Tindak balas yang sama juga saya berikan kepadanya atas kesungguhan beliau membaca al-quran tanpa menghiraukan orang ramai disekelilingnya.

Beberapa minggu yang lalu, di atas jejambat, saya terlihat seorang polis yang sedang bertugas di pos kawalannya, masih sempat lagi membaca al-quran. Kalau mereka ini sedang membaca majalah atau komik, sedah tentu terdetik di hati kita: eh! dah takde tempat lain agaknya nak baca semua tu.

Di Mesir juga, saya sempat memerhati polis-polis yang mengawal keselamatan samaada di jalan raya atau tempat-tempat tertentu, kebanyakannya mereka menjaga solat mereka. Dari satu sudut kadang-kadang kita dapat lihat seperti mereka ini seolah telah melanggar etika kerja mereka sebagai seorang polis, namun atas sebab tanggungjawab sebagai seorang Muslim, mereka tidak mengaibaikan kefardhuan solat itu.

Apa tidaknya, senjata-senjata yang mereka pegang, ditinggalkan begitu sahaja di sebelah dinding masjid untuk seketika.

Kalau di Malaysia mungkin ianya telah menyalahi etika atau undang-undang dalam akta keselamatan. Namun begitu, bagi masyarakat Mesir, sudah menjadi kebiasaan, bagi orang seperti saya yang melihat mereka cara hidup mereka, amatlah kagum walaupun dari satu aspek yang lain saya tidak berapa setuju.

Orang kata buang yang keruh, ambillah yang jernih. Cara hidup beginilah yang sepatutnya kita contohi tidak kira di mana posisi kita berada baik sebagai rakyat biasa sehinggalah kepada pemimpin negara.

Kita patut bertanya kepada diri kita sendiri, mengapa terlampau banyak sangat gejala-gejala sosial, jenayah dan bermacam-macam lagi perkara-perkara mungkar telah berlaku di negara kita. Jika difikirkan, bukankah negara kita adalah sebuah negara Islam?

Dan apa yang kita dapat lihat juga, bagaimana institusi polis di Malaysia sering dikaitkan dengan gejala rasuah, kezaliman dan sebagainya. Bukankah ianya telah menjatuhkan intergriti polis sebagai satu badan yang betanggungjawab untuk menjaga keamanan dan keselamatan negara?

Dalam hal ini, mungkin skopnya lebih umum dengan tajuk yang saya ketengahkan. Namun tiadalah bezanya kerana ianya saling kait mengait diantara satu sama lain. Persoalannya di sini, benarkah polis-polis di Malaysia kurang menerapkan cara hidup Islam di dalam tugas mereka?

Saya serahkan kepada semua untuk menilainya. Kerana apa yang saya dapat lihat di Mesir, polis-polisnya jauh berbeza, dan dari satu sudut mungkin boleh dikatakan polis Malaysia adalah lebih baik. Namun, dari satu sudut melalui perspektif saya khususnya dalam bab cara hidup Islam, saya dapat lihat kebanyakan polis-polis di Mesir lebih baik dan patut di puji.

Yang pasti, sebenarnya kita semua perlu kembali kepada cara hidup Islam yang sebenar. Dan salah satu darinya ialah budaya membaca al-quran.

Di manakah Al-Quran dalam kehidupan kita seharian?

Berbalik kepada fokus yang hendak saya sampaikan tadi iaitu membaca al-quran dan kebetulan pula semalam, saya sempat menghadiri satu sesi tazkirah dan memang kebetulan juga tajuk tazkirah yang disampaikan oleh seorang ustaz itu berkisarkan kehidupan manusia dengan al-quran.

Kupasan tajuk yang ringan namun menginsafkan. "Bersama-sama dengan al-quran", antara ungkapan yang diucapkan olehnya (pentazkirah). Bila dikoreksi kembali, sejauh manakah kebersamaan hidup kita ini dengan al-quran.

Skop membaca ini masih kecil jika dibandingkan dengan mengamalkannya. Secara logiknya, kalau membaca pun kita tidak dapat buat, apatah lagi untuk mengamalkannya?

Saya sering memuhasabah, dan apa yang saya dapat lihat ialah hari ini dalam tidak sedar kita sering silap dalam meletakkan prioriti sesuatu perkara. Kalau ditanya, boleh atau tidak kita membaca majalah, sudah tentu jawapannya boleh. Bagaimana pula dengan membaca al-quran? apatah lagi!

Tetapi, kita lebih berminat untuk membaca majalah. Hari ini, kita seharusnya koreksi kembali, bahawa salah satu punca kemaksiatan dan kemungkaran bermaharajalela di muka bumi adalah disebabkan tiadanya jiwa atau roh islam itu sendiri.

Jiwa kita kosong bahkan ianya diisi dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Contohnya, membaca majalah-majalah hiburan, menghabiskan masa ke program-program maksiat seperti konsert-kensert artis yang terang-terang telah melanggar batas-batas syara’, realiti yang tidak dapat disangkal lagi.

Perkara ini jelas menginsafkan saya. Apa tidaknya, kalau kita sanggup berkorban masa untuk perkara-perkara yang sia-sia atau lebih teruk lagi kepada perkara-perkara maksiat yang sudah tentu mendapat kemurkaan Allah s.w.t mengapa tidak kita berkorban saja masa kita untuk membaca al-quran. Ianya adalah satu sumber untuk kita mendapatkan kekuatan dari aspek kerohanian. Iya! kekuatan rohani.

Mungkin kemampuan kita tak dapat menandingi orang-orang terdahulu seperti imam As-Syafei yang mampu mengkhatamkan al-quran sebanyak dua kali sehari. Lebih mengkagumkan ialah beliau menghabiskannya di dalam solat pada bulan puasa. Subhanallah!

Hari ini kita nak baca satu ayat pun kadang-kadang susah bahkan tidak terdetik lansung dalam hati ini ada niat untuk membacanya, Nauzubillah min zalik. Kalau kita menunaikan tanggungjawab kefardhuan solat lima waktu masih lagi bernasib baik, tapi bagaimana kalau solat fardhu pun kita tidak tunaikannya. Satu ayat bahkan satu huruf pun kita tidak menyebutnya.

Inilah salah satu amalan atau cara hidup muslim yang sebenar disamping menunaikan tanggungjawab yang lain. Mungkinlah jika hendak dibandingkan dengan aktiviti-aktiviti yang lain, tak dapat untuk dibandingkan sekiranya kita mengharapkan habuan material semata-mata.

Maka, di sinilah tahap keimanan dan kepercayaan kita terhadap janji-janji Allah diuji. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak pernah mungkir janji. Bila disebut soal ganjaran atau kelebihan maka orang yang selayaknya untuk menerima ganjaran itu sudah tentu orang yang berbuat kebaikan.

Dan kelebihan orang yang bersama-sama dengan al-quran telah disebutkan oleh Rasulullah s.a.w bahawa baginda menyeru kepada kita semua supaya membaca al-quran kerana dengannya ia akan memberikan syafaat kepada kita di hari akhirat nanti.

Selain itu, Rasulullah s.a.w juga memberitahu bahwa sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-quran akan diganjari dengan satu kebaikan dan setiap kebaikan itu diganda dengan sepuluh kebaikan. Begitulah kasihnya Allah swt terhadap hambanya.

Namun, oleh sebab hati kita sudah diikat dengan habuan dunia, maka kita lupa bahkan seolah tidak mempercayai janji-janji Allah itu, hasilnya, hidup kita jauh dengan al-quran.

Persoalannya : adakah ianya ada dalam pemikiran kita tika ini? Astaghfirullah!!! Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi maha penyayang.

Sebenarnya tiada alasan untuk kita umat Islam lari daripada menunaikan tanggungjawab kita terhadap al-quran, kalau membaca itu sudah kita anggap berat apatah lagi untuk mengamalkannya. Alasan tidak pandai membaca bagi saya sudah tidak relevan lagi pada hari ini. Kalau nak seribu daya, kalau taknak beribu alasannya.

Inilah masalah yang sering kita hadapi bahkan ianya sudah menjadi satu penyakit yang sinonim dikalangan umat Islam. Mahu tapi ego, atau mahu tapi malu? Kalau marah orang memanggil kita bodoh, tapi mengapa kita tidak marah bodohnya diri kita kerana tidak mahu menjadi pandai? Fikirkan sejenak.

Tanggungjawab kita pada Al-Quran


Seterusnya, dalam sesi tazkirah tersebut, ada juga menyebut tentang kewajipan yang patut kita tunaikan dalam hidup bersama al-quran iaitu menjadikan bacaan al-quran itu sebagai wirid harian kita. Sekurang-kurangnya ada ayat al-quran yang kita baca setiap hari. Ini lebih baik jika dibandingkan tidak ada lansung ataupun daripada lidah kita dibasahkan dengan lirik-lirik lagu yang tidak bermanfaat.

Jika mampu sekurang-kurangnya dalam masa tiga puluh hari itu kita dapat mengkhatamkan al-quran sebanyak sekali khatam. Jika kita mampu lebih dari itu lagi sekurang-kurangnya, setiap tiga hari kita khatam seperti mana yang diceritakan agaimana Rasulullah s.a.w menjawab pertanyaan Ibnu Umar tentang tempoh mengkhatamkan membaca al-quran.

Kemudian dijelaskan pula bahawa kewajiban yang perlu kita tunaikan ialah mempelajari bacaan al-quran dengan betul. Inilah tanggungjawab kita dalam memperbaiki dan mempercantikkan bacaan kita.

Walaubagaimanapun, kita tidak diberatkan sehingga sesuatu perkara itu menjadi penghalang untuk kita membacanya.

Contohnya bagi orang yang lidahnya susah untuk menyebut atau membaca al-quran makanya Rasulullah s.a.w ada menyebutkan perihal orang yang sebegini dan baginda menyeru supaya untuk diteruskan membaca al-quran kerana bagi mereka ada ganjarannya juga.

Seterusnya, kita juga hendaklah terkesan dengan bacaan kita atau dengan kata yang lain ialah memerhati dan menyelami maksud-maksud setiap ayat yang kita baca. Kita boleh jadikan kisah bagaimana Saidina Umar sebagai contoh ikutan di mana beliau pernah tidak sedarkan diri selama sebulan kerana membaca syat yang berkaitan dengan azab Allah s.wt.

Hari ini, kita nak menangis pun belum tentu. Dan tanggungjawab kita yang seterusnya ialah kita hendaklah menjaga hafalan serta mengulang ayat-ayat al-quran yang telah dan pernah kita hafal.

Untuk akhirnya yang paling penting sekali ialah mengamalkan isi-isinya. Ketahuilah sesungguhnya al-quran itu boleh menjadi hujah bagi kita, tidak kurang juga al-quran juga boleh menjadi musuh kita di akhirat nanti. Nauzubillah min zalik.

Oleh sebab itulah, al-quran itu bukan sahaja untuk di baca semata-mata. Akan tetapi ianya perlu disertai dengan penghayatan serta perlaksanaan dan inilah yang menjadi kewajiban bagi kita semua.

Begitulah sedikit panduan serta peringatan yang boleh dikongsi bersama supaya kita ini tidak tergolong dikalangan orang-orang akan menyesal suatu hari nanti.

Remeh yang menginsafkan.

Begitulah realiti yang kita sedang lalui pada hari ini. Dalam tak sedar kita telah mengabaikan tanggungjawab yang asas sebagai umat Islam. Budaya hidup bersama al-quran. Mudah-mudahan kita membudayakan hidup kita dengannya, bukan kita membudayakan al-quran dengan hidup dan kehendak kita.

Islam itu yang seharusnya memerintah, bukan kita yang memerintah Islam sepertimana yang kita dapat lihat pada hari ini.

Wallahu ta’ala a’lam.

Selasa, 10 November 2009

Akhir Ini Sahabat


Petang itu ku lihat dia tersenyum simpul,mesra seperti selalu disisi pendampingnya yang baru.Aku rindukan senyuman itu,aku rindukan kemesraan itu,ingin saja aku muncul diri di hadapannya,tapi setelah sedar kini bukan yang dulu lagi,ku batalkan segala niat itu.

Argh...Hatiku meronta,merayu agar datang kepadanya,tapi kakiku tak mampu,kerana aku dan dia bukan yang dulu.

Aku memanggu diri di hadapan stesen bas,terdetik rasa terharu dan pilu di hati kala melihat sekumpulan para musliamah melintas jalan menuju stesen bas hadapan.

"Hendak ke bandar agaknya."monologku sendirian.

Teringat aku sewaktu bersama teman-teman seperjuangan dulu.Betapa indahnya ketika itu,sewaktu bersama melakar kenangan dan memori indah yang tetap terpahat dan bersemadi padu dalam sanubari ini. Usai ta'lim masturat yang baru lepas ku hadiri di daerah sandakan ini,aku duduk sendirian di stesen bas ini.Pelbagai ragam yang dapat di lihat di suasana ini.Sementara menunggu bas, aku mengeluarkan examaniton pad bersaiz A4 dan pen yang sentiasa menjadi teman ku dalam perjalanan,dan seperti selalu ku mengambil masa yang tersisa ini untukku coretkan rasa hati agar terus menjadi kenangan abadi untukku dan para teman sekalian.


Salamun'alaiQ,

Temanku sekelian,
Sekian lama telah ku nanti saat ini,
Sabar dan redha menjadi pendampingku setiap kali hadir emosi itu,

Teman,
ku berdoa agar kau fahami segala yang tersurat di hati ini,
Namun sering kali ku terbenam
dalam kekalutan dan keresahan
kerana sesungguhnya kau akan megerti nanti,

Teman,
Harapanku agar kau bahagia selalu,
doa dan tulus hati ini sentiasa menginginkan semangat jihadmu tetap abadi,

Temanku,
maafkan aku kerana tidak ada upaya untuk terus disisimu,
Dalam mencari bening-bening taQwa,
Aku sendiri terpenjara dalam dunia ciptaan sendiri,

Temanku,
Ketahuilah,aku masih setia disini,
Menanti ...
Dan menunggu saat dan waktu
untuk bersama kita tarbiyah dan fahami
erti sebuah perjuangan yang menuju cinta haQiQi dan Abadi,

Pintaku,
Teruskan perjuangan,
Jangan sesakali kau berhenti,
IstiQamahlah dan tegarlah
menghadapi segala cabaran dalam kehidupan ini.

Akhirnya,
Saat yang ku pasti nanti tiba jua,
Walaupun kini tak seindah dulu,
tapi ku bersyukur,
kerana penghujungnya,impian dan mimpiku
menjadi kenyataan dan ketahuilah,
keyakinanku tak pernah pudar..

Salam ukhwahfillah buatmu temanku,

Gerakkan langkahmu bersama,
Doa dan harapan tinggi agar terus berada di atas arena perjuangan suci ini.

"jadilah bunga yang terpelihara,kerana mahligai syurga itulah tempatnya..."

Muslimah sepi,
Fatin Syuhadah...

Menitis air mataku mengenang segala yang pernah ku lalui.Aku merinduimu sahabatku.Harapan dan doaku agar dia hadir lagi bersama melakar semangat yang baru mencapai impian dan matlamat kehidupan seorang insan.Aku melipat kemas coretan itu,mendamba seseorang yang boleh aku kongsikan luahan ini.Hati terus memohon agar dia hadir lagi.Inginku buang jauh kenangan pahit itu jauh dari lubuk sanubari, walaupun belum pasti,tapi tidak ku simpan rasa ini lagi agar dapatku layari kehidupan ini dengan misi dan mimpi impian suci.Moga bertemu Redha Ilahi.

"AssalamualaiQaum wbt" sapa lembut seseorang di hadapanku.
"Waalakumsalam wbt..." jawabku perlahan,lamaku merenungnya,seakan tak percaya,Hurul Iman kini di hadapanku..

Sekian lama ku menanti akhirnya tiba jua saat ini,aku bangun dan dia lantas menghampiri,menyeka air mataku yang tumpah,mencium dan memeluku seperti dahulu. Bas tiba dan kami pulang bersama,aku menghadiahkannya coretan yang baru siap aku tuliskan tadi.

"Dulu,kini dan selamanya".
Bicaranya disulami senyuman penuh makna menggenggam erat jemariku di saat aku memberinya coretan itu.

"Walau tak seindah dahulu,biarlah kali ini lakaran yang lebih bererti terlukis di salam coretan hidup ini,kerana kali ini tidak seperti yang dulu lagi",.

Itulah rutinku yang selalu dahulu dan masih kekal hingga kini yang masih diingatinya.
"Alhamdulilah,Syukran Ya Allah....moga ukhwah ini kekal selamanya...". monolog hatiku berharapan...

Ahad, 8 November 2009

Kunci Syurga

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam.

Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, 'Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.' Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, 'Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.' Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, 'Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?'Paderi itu menjawab, 'Dari tanda yang terdapat di wajahmu.' Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut. Paderi berkata, 'Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ' Si pemuda tersenyum dan berkata, 'Silakan!'

Sang paderi pun mulai bertanya, 'Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.'

'Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?

Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?

Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?

Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!'

'Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?

Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?'

'Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!

'Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?'

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca 'Bismillah...' dia berkata, -Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).' (Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, 'Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.' (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.' (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, 'Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.' (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, 'Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.' (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, 'Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.' (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, 'Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.' Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, 'Tak ada cercaan terhadap kamu semua.' Dan ayah mereka Ya'qub berkata, 'Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.' (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, 'Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.' (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim.. Allah s.w.t. berfirman, 'Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim..' (Al-Anbiya':69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. 'Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.' (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, 'Apakah kunci syurga itu?' Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak. Mereka berkata, 'Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!'

Paderi tersebut berkata, 'Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.' Mereka menjawab, 'Kami akan jamin keselamatan anda. ' Paderi pun berkata, 'Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. ' Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertaqwa.

(Kisah ini dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur'an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.)

Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu (kononnya) apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga orang nazak) benar atau tidak.

Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi. Wallahua'lam.

Khamis, 5 November 2009

Sahabat dari Ghifar

Abu Dzar al-Ghifari merupakan seorang sahabat Nabi SAW yang terkenal dengan perbendaharaan ilmu pengetahuannya dan kesholehannya.

Ali RA berkata mengenai Abu Dzar RA: "Abu Dzar ialah penyimpan jenis-jenis ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperoleh dari orang lain."

Ketika dia mulai mendengar khabar tentang kerasulan Nabi SAW, Abu Dzar telah mengutus saudara lelakinya menyelidiki lebih lanjut mengenai orang yang mengaku menerima berita dari langit.

Setelah puas menyelidiki, saudaranya pun melaporkan kepada Abu Dzar bahwa Nabi Muhammad SAW itu seorang yang sopan santun dan baik budi pekertinya. Ayat-ayat yang dibacakan kepada manusia bukannya puisi dan bukan pula kata-kata ahli syair.

Laporan yang disampaikan itu masih belum memuaskan hati Abu Dzar. Dia sendiri keluar untuk mencari kenyataan.

Setibanya di Makkah, dia terus ke Baitul Haram. Pada waktu itu dia tidak kenal Nabi SAW, dan melihat keadaan pada waktu itu dia merasa takut hendak bertanya mengenai Nabi SAW.

Ketika menjelang malam, dia dilihat oleh Ali RA. Oleh karena ia seorang musafir, Ali terpaksa membawa Abu Dzar ke rumahnya dan melayani Abu Dzar sebaik-baiknya sebagai tamu. Ali tidak bertanya apapun dan Abu Dzar tidak pula memberitahu Ali tentang maksud kedatangannya ke Makkah.


Pada keesokkan harinya, Abu Dzar pergi sekali lagi ke Baitul Haram untuk mengetahui siapa dia Muhammad. Sekali lagi Abu Dzar gagal menemui Nabi karena pada waktu itu orang-orang Islam sedang diganggu hebat oleh orang-orang kafir musyrikin.

Pada malam yang keduanya, Ali membawa Abu Dzar ke rumahnya. Pada malam itu Ali bertanya: "Saudara, apakah sebabnya saudara datang ke kota ini?" Sebelum menjawab Abu Dzar meminta Ali berjanji untuk berkata benar.

Kemudian dia pun bertanya kepada Ali tentang Nabi SAW. Ali berkata: "Sesungguhnya dialah pesuruh Allah. Esok engkau ikut aku dan aku akan membawamu menemuinya. Tetapi awas, bencana yang buruk akan menimpa kamu kalau hubungan kita diketahui orang. Ketika berjalan esok, kalau aku dapati bahaya mengancam kita, aku akan berpisah agak jauh sedikit dari kamu dan berpura-pura membetulkan sepatuku. Tetapi engkau terus berjalan supaya orang tidak curiga hubungan kita."

Pada keesokkan harinya, Ali pun membawa Abu Dzar bertemu dengan Nabi SAW. Tanpa banyak tanya jawab, dia telah memeluk agama Islam. Karena takut dia diapa-apakan oleh musuh, Nabi SAW menasihatkan supaya cepat-cepat balik dan jangan mengabarkan keislamannya di khalayak ramai.

Tetapi Abu Dzar menjawab dengan berani: "Ya Rasullulah, aku bersumpah dengan nama Allah yang jiwaku di dalam tanganNya, bahwa aku akan mengucap dua kalimah syahadah di hadapan kafir-kafir musyrikin itu."

Janjinya kepada Rasulullah SAW ditepatinya. Selepas ia meninggalkan baginda, dia mengarah langkah kakinya ke Baitul Haram di hadapan kaum musyrikin dan dengan suara lantang dia mengucapkan dua kalimah syahadah. "Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahwa Muhammad itu pesuruh Allah."

Tatkala mendengar ucapan Abu Dzar itu, orang-orang kafir pun menyerbunya lalu memukulnya. Kalau tidak kerana Abbas, paman Nabi yang ketika itu belum Islam, tentulah Abu Dzar menemui ajalnya di situ.

Kata Abbas kepada orang-orang kafir musyrikin yang menyerang Abu Dzar: "Tahukah kamu siapa orang ini? Dia adalah turunan Al Ghifar. Khafilah-khafilah kita yang pulang pergi ke Syam terpaksa melalui perkampungan mereka. Kalaulah ia dibunuh, sudah tentu mereka menghalangi perniagaan kita dengan Syam."

Pada hari berikutnya, Abu Dzar sekali lagi mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan orang-orang kafir Quraisy dan pada kali ini juga ia telah diselamatkan oleh Abbas. Kegairahan Abu Dzar mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan kafir Quraisy sungguh-sungguh luar biasa jika dikaji dalam konteks larangan Nabi SAW kepadanya.

Apakah dia sanggup dituduh telah mengingkari perintah Nabi? Jawapannya tidak. Dia tahu bahwa Nabi SAW sedang mengalami penderitaan yang berbentuk gangguan dalam usahanya ke arah menyebarkan agama Islam. Dia hanya hendak menunjukkan Nabi SAW walaupun ia mengetahui, dengan berbuat demikian dia melibatkan dirinya dalam bahaya.

Semangat keislamannya yang beginilah yang telah menjadikan para sahabat mencapai puncak keimanan dalam alam lahiriyah serta batiniyah. Keberanian Abu Dzar ini selayaknya menjadi contoh kepada umat Islam dewasa ini dalam rangka usaha mereka menjalankan dakwah Islamiyah.

Kekejaman, penganiyaan serta penindasan tidak semestinya mampu melemahkan semangat mereka yang telah mengucapkan dua kalimah syahadah.

PEPERIKSAAN…OOO…. PEPERIKSAAN


“Macam mana ni,peperiksaan dah dekat sangat. Ana tak habis ulangkaji lagi.. Habislah ana.. mesti tak dapat jawab. Gagallah ana nanti..”

“Peperiksaan?... ala.. Janganlah cakap tentang hal ni.. saya takut..”

“Mestilah belum bersedia.. Aku rasa kalau aku cuba sedaya upaya pun, aku tahu, tak akan sempat aku habiskan ulangkaji semua subjek tu…”


Inilah luahan-luahan yang sering dan mungkin selalu kita dengar apabila menjelangnya peperiksaan. Apabila menjelang peperiksaan, hati semakin berdebar-debar.

Tahap kerisaun mula meningkat. Pemikiran pun mulalah memikirkan pelbagai perkara-perkara negatif yang mungkin akan terjadi. Pemikiran itu kemudiannya pula ditafsirkan oleh otak dan diubah kepada gambaran-gambaran.

Ana, yang juga merupakan salah seorang mahasisiwi amat memahami keadaan yang digambarkan di atas dan turut jua melaluinya.

Peperiksaan adalah lumrah kehidupan. Kita sememangnya tidak dapat melarikan dirinya. Walau apapun jua, jika kita masih lagi memegang “title” sebagai seorang pelajar atau mahasiswa,mahasisiwi, peperiksaan itu memang tidak dapat dielakkan.

Ya,benar, kita tidak dapat lari darinya, tetapi, tidak mustahil kita tidak dapat mencuba untuk menghadapinya dengan sebaik-baik kemampuan kita. Peperiksaan bukanlah sebuah beban.

Peperiksaan merupakan kayu ukur untuk mengukur sejauh mana tahap pemahaman kita akan sesuatu perkara yang sudah dipelajari.

“Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”
( surah Al-Asr: 1-3)

Masa itu ibarat pedang, sekiranya kita tidak mencatasnya, ia pula akan memotong kita. Masa ibarat senjata tajam yang bernilai apabila dimanfaatkan dengan sebaiknya, tetapi sebaliknya akan berlaku sekiranya masa dibazirkan begitu sahaja.

Menurut teori as-Syahid Imam Hasan Al-Banna, masa merupakan kehidupan. Sesiapa yang mengisikan masa dengan hal-hal yang tidak berfaedah, maka dia telah membuang kehidupannya. Hidupnya seperti tiada erti dan nilai.

Masa kian suntuk. Peperiksaan semakin hampir. Bagaimana kita hendak menghadapinya? Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk kita mencuba melakukan yang terbaik dalam peperiksaan adalah dengan menggunakan masa yang singkat itu untuk melakukan ulang kaji pantas.

Berikut adalah langkah-langkahnya:

1. Semak bahagian yang sukar. Fahami dan kuasai topik tersebut. Buat latihan yang berkaitan dengan subjek tersebut dan semak jawapannya. Lihat dan fahami rangka jawapan yang diberi

2. Bagi topik yang mudah, bukanlah perlulah diabaikan. Tetapi, buat banyak latihan dengan pantas. Ini dapat menambahkan keyakinan pada hari peperiksaan itu nanti

3. Ulang kaji kembali nota-nota ringkas yang dibuat sebelum ini. Jangan baca nota yang panjang lebar. Ini dapat mengelakkan perasaan panik apabila melihat isi kandungan yang banyak yang perlu dibaca

4. Jangan terlalu bimbang atau resah. Teruskan mengulangkaji dengan kaedah yang betul. Selain mengulangkaji pelajaran, masa yang masih lagi ada itu, haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyiapkan diri dari segi fizikal,emosi, mental dan rohani.

Persiapan fizikal termasuklah dengan mengambil makanan yang seimbang dan mengikut waktu makan yang betul. Hal ini dapat menjaga kesihatan dan turut memberi tenaga dan stamina kepada badan untuk terus mengulangkaji pelajaran. Aktiviti-aktiviti riadah juga tidak patut diabaikan.

Dari segi mental pula, fikirkan yang positif dan yakin pada diri. Percaya bahawa kita telah berusaha dan kita yakin untuk menghadapinya. Fokuskan diri pada apa yang diinginkan dan buang perasaan risau dan resah. Elakkan daripada memikirkan perkara negatif yang dapat terjadi.

Emosi turut juga terganggu apabila menjelang peperiksaan. Maka emosi kita turut juga perlu disiap sediakan untuk bertempur di medan peperiksaan nanti. Kawallah emosi dan cuba elakkan daripada melibatkan diri dengan konflik-konflik yang dapat menjejaskan “mood” belajar kita.

Muhasabahlah diri selalu dan fikirkan setiap kejadian ada hikmahnya. Dekatkan diri kepada-Nya dengan amalan-amalan solat-solat sunat, dan membaca Al-Quran.

Sesunggunhnya Allah mengatakan hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang. Dari segi rohani adalah dengan memperkukuhkan lagi hubungan kita dengan Maha Pencipta.

Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Maka berhubunglah dengan-Nya dan panjatkanlah doa kepada-Nya dengan seikhlas-ikhlas hati dan serendah-rendah diri ini sebagai hambanya.
Berdoalah agar dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

Seelok-eloknya, sebelum mula ulangkaji, maka lakukanlah ibadat solat taubat dan hajat, pinta moga mudah memahami dan mengingati pelajaran tersebut. Selain itu, pohonlah restu dari ibubapa dan guru.

Jangan melukai hati mereka. Percayalah wahai pejuang di medan pertempuran peperiksaan, kerja yang dilakukan hari ini akan menyelamatkan kita hari esok. Tiada yang dilakukan di dunia ini sia-sia kecuali perkara yang sia-sia itu sendiri.

Maka gunalah masa yang suntuk ini dengan sebaik-baiknya. Jadilah seorang penuntut ilmu yang cekal hatinya, yang teguh pendirian dan azamnya, yang tidak mudah dipatahkan dengan cabaran yang menimpa. Jadilah seoarng penuntut ilmu yang patuh dan tunduk kepada Yang Maha Pencipta, yang mempercayai dengan sebulat keyakinan akan kekuasaan Azza Wa Jalla yang menentukan segala-galanya.

Usahlah resah dan gelisah, tetapi bangkitlah, wahai mujahidin, mujahidah. Janganlah gentar dalam berjihad menuntut ilmu dalam mencari keredhaan-Nya. Study itu jihad. Selamat berjaya dalam peperiksaan.