Sabtu, 4 April 2009

LELAKI ACUAN AL-QURAN



Lelaki acuan al-Quran ialah seorang lelaki yang berimanYang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWTYang sentiasa haus dengan ilmuYang sentiasa dahaga dengan pahalaYang solatnya adalah maruah dirinyaYang tidak pernah takut berkata benarYang tidak pernah gentar untuk melawan nafsuLelaki acuan al-Quran adalah lelaki yang menjaga tuturkatanyaYang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinyaYang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinyaYang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindungYang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalangLelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menghormati ibubapanyaYang sentiasa berbakti kepada kedua orangtua dan keluargaYang bakal menjaga keharmonian rumahtanggaYang akan mendidik anak anak dan isteri mendalami agama IslamYang mengamalkan hidup penuh kesederhanaanKerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhiratLelaki acuan al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanyaYang hidup dibawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAWYang boleh diajak berbincang dan berbicaraYang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnyaLelaki acuan al-Quran tidak pernah membazirkan masaMatanya kepenatan kerana kuat membacaYang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikirYang tidurnya lena dengan cahaya keimananBangun subuhnya penuh dengan kecerdasanKerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematanganLelaki acuan al-Quran sentiasa mengingati matiYang baginya hidup didunia adalah ladang akhiratYang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijagaMeneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudianLelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang tidak mudah terpesonaDengan buaian duniaKerana dia mengimpikan Syurga,Disitulah rumah impiannyaBersama wanita acuan al-Quran"

1 ulasan:

  1. Mungkin dialah lelaki acuan al-quran itu, wallahuallam

    BalasPadam