Rabu, 16 September 2009

Salam Aidilfitri

Alhamdulillah setelah sebulan berpuasa kini aidilfitri menjelma lagi tanda kemenangan umat islam melawan hawa nafsu selama sebulan. Di sini ana mengambil kesempatan menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala kesalahan ana samada dari segi penulisan blog dan sebagainya. Pesan ana sempena hari raya ini banyaklah berjimat-cermat takut-takut nanti lepas raya ni banyak pula hutang yang menunggu, rancang perbelanjaan antum dengan sebaiknya kalau ada lebih maka tabunglah ia untuk masa hadapan.

Disini juga ana ingin berkongsi amalan yang boleh dilakukan pada malam raya :
  1. bertakbir sepanjang malam
  2. membaca yasin
  3. melakukan solat-solat sunat
  4. dsb.....

Dalam kita menyambut hari raya ini, hendaklah kita sentiasa muhasabah diri tentang nasib saudara-saudara kita yang sedang menyabung nyawa dalam menghidupkan syiar islam. Mereka sudah tentu tidak berkesempatan mengenakan pakaian baru, menjamah lauk-pauk yang sedap dan ada pula yang terpaksa beraya sorang-sorang kerana seluruh ahli keluarganya telah terkorban akibat kekejaman Zionis Laknatullah.

Tanya pada diri peranan antum, layakkah antum menyambut hari yang mulia ini sedangkan saudara antum hidup tersiksa di sana. Renung2 kan

nukilan : Aminah Abdul Latif

Tiada ulasan:

Catat Ulasan