Khamis, 4 Februari 2010

Pilihan raya kampus

Assalamualaikum,

Syukur kehadrat Ilahi akhirnya keputusan pilihanraya berpihak kepada yang hak. Sesungguhnya janji Allah itu benar, sesiapa yang menolong dijalan Allah itu pasti dirinya akan ditolong kembali oleh Allah. Kepada sahabat sahabiah, ana sangat berbangga dengan antum yang sanggup berhempas pulas demi menegakkan kembali syiar islam dibumi UTHM.

Sebagai seorang ahli yang baru pertama kali terlibat dalam bergerak kerja untuk pilihanraya kampus, ini merupakan satu pengalaman yang berharga buat ana lebih-lebih lagi dalam nak mempromosdikan seseorang calon itu. Jujur ana katakan ana hanya buat apa yang ahli lain buat, sebagai contoh kalau ada yang buat konvoi ana pun akan buat konvoi juga untuk calon ana dan seterusnya.

Apa yang paling seronok ialah ana dapati kemampuan ana lebih dari seorang muslimin, ana mampu gantung banner sorang-sorang, gantung poster tu biasalah dan ana dapat hilangkan rasa malu apabila ana turun naik panjat macam-macam benda depan orang ramai. Eee...bestnya. Seperti ada satu rasa kepuasan dalam diri apabila kita berjaya buat sesuatu yang orang lain rasa kita tak mampu najk buat. Semua orang tegur, nape buat sendiri? boleh ke? n macam-macam lagi la. Jawapannya senang je..... senbagai bakal project manager, panjat memanjat ni dah jadi lumrah hidup....so jangan heran.

Namun dalam keseronokkan itu kami diuji dengan pelbagai benda, poster terpaksa ditanggalkan hanya kerana satu pekara iaitu cop!Ana sampai dituduh cuba sabotaj calon padahal tu calon ana sendiri tu. Takpela, dieorang tak tahu at least dengan izin Allah kami dapat counter balik hal ni n things back to where they are, at least for some people.

Satu pekara yang manis dalam pilihanraya kampus ini ialah ukhwah antara kami semua tak kisahlah sesama muslimin atau muslimat, semuanya dapat seiring dalam bergerak kerja, adatlah kalau ada sedikit salah faham asalkan benda itu dapat kita rasionalkan kembali melalui niat kita iaitu kerana Allah.

Akhir kata dari ana, sahabat sahabiah ku perjuangan ini belum selesai malah ia baru bermula, usaha kita perlu dipertingkatkan lagi dan kebergantungan kita pada Allah perlu sentiasa teguh. Ingatlah kita bukan pemula mahupun pangakhir, kita hanya penyambung mata rantai perjuangan Rasulullah.

Wallahualam

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum...
    wah..sukenyer die..tahniah akak ucapkan.. segala titik peluh anda berbaloi akhirnya. dan lagi berbaloi-baloi kalau aminah sendiri yang mencalonkan diri dalam MPP nie..huhuhu...
    ingatlah..segala apa yang kita lakukan pasti ada dugaan, jika kita dapat menempuh dugaan itu,ia akan menjadi lebih bermakna..( PM kene panjat2 ye??)huhuhu wasalam...

    BalasPadam